NIAT TAUBAT MENUKAR ARAK MENJADI MADU
Pada suatu hari, Omar Al-Khatab sedang
bersiar-siar di lorong-lorong dalam kota Madinah.
Di hujung simpang
jalan beliau terserempak dengan pemuda yang membawa kendi. Pemuda itu
menyembunyikan
kendi itu di dalam kain sarung yang diselimutkan di belakangnya.
Timbul syak di
hati Omar AL-Khatab apabila terlihat keadaan itu, lantas bertanya, "Apa
yang engkau
bawa itu?"
Kerana panik
sebab takut dimarahi Omar yang terkenal dengan ketegasan, pemuda itu menjawab
dengan
terketar-ketar
iaitu benda yang dibawanya ialah madu. Walhal benda itu ialah khamar.
Dalam keadaannya
yang bercakap bohong itu pemuda tadi sebenarnya ingin berhenti dari terus minum
arak. Dia
sesungguhnya telah menyesal dan insaf dan menyesal melakukan perbuatan yang
ditegah oleh
agam itu.
Dalam penyesalan
itu dia berdoa kepada Tuhan supaya Omar Al-Khatab tidak sampai memeriksa isi
kendinya yang
ditegah oleh agama itu.
Pemuda itu masih
menunggu sebarang kata-kata Khalifah, "Kendi ini berisikan madu."
Kerana tidak
percaya, Khalifah Omar ingin melihat sendiri isi kendi itu. Rupanya doa pemuda
itu telah
dimakbulkan oleh
Allah seketika itu juga telah menukarkan isi kendi itu kepada madu.
Begitu dia berniat untuk bertaubat, dan Tuhan
memberikan hidayah, sehingga niatnya yang ikhlas,
ia terhindar dari
pergolakan Khalifah Omar Al-Khatab, yang mungkin membahayakan pada dirinya
sendiri
kalau kendi itu masih berisi khamar.
Allah Taala
berfirman,
" Seteguk
khamar diminum maka tidak diterima Allah amal fardhu dan sunatnya selama tiga
hari.
Dan sesiapa yang
minum khamar segelas, maka Allah Taala tidak menerima solatnya selama empat
puluh hari. Dan
orang yang tetap minum khamar, maka selayaknya Allah memberinya dari 'Nahrul
Khabal'.
Ketika ditanya,
"Ya Rasulullah, apakah Nahrul Khabal itu ?"
Jawab Rasulullah,
"Darah bercampur nanah orang ahli neraka ! "
Tidak ada komentar:
Posting Komentar