KISAH PEMUDA BERIBU-BAPAKAN BABI
Nabi Musa adalah satu-satunya
Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan
naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi
Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah
kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah
bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan
berjiran dengan aku?".Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu,
kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari
Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah
beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat
berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang
penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi
salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak
melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar
kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya
dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi
Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.
Babi itu dibersihkan dan
dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk
cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar
sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu
juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta
cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia
melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu
iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh
berbuat begitu." Kata Nabi Musa. "Wahai tuan hamba", kata pemuda
itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana
mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka
menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain.
Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku
sebagai anak.
Hari-hari aku berbakti kepada
kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka
sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya. "Setiap
hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah
menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum
memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.Maka ketika itu juga Allah
menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan
berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa
kedua ibu bapanya.
Ibubapanya yang sudah buruk
dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai
anak soleh disisi Kami." Allah juga berfirman lagi yang bermaksud :
"Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka
Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka
telah Kami pindahkan ke dalam syurga."Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa
yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan
syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah
dan ibunya seperti babi.
Mudah-mudahan ibubapa kita
mendapat tempat yang baik di akhirat kelak. Walau bagaimana buruk sekali pun
perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga
mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil
hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga
bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya
kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T. Doa anak yang soleh akan membantu
kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan
oleh para ibubapa di alam kubur.
Arti sayang seorang anak kepada
ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak
pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat
yang terbaik di sisi Allah. Untuk mengetahui lebih mendalam kisah alam akhirat
sila dapatkan buku terbitan syarikat Nurulhas yang berjudul: BILA IZRAIL A.S. DATANG
MEMANGGIL
Tidak ada komentar:
Posting Komentar